slm…alhamdulillah..genap arini cukup seminggu aku mengajar..wpun menghadapi murid2 drjh 1,namun ia ckup menguji kewibawaan aku…kdg2 terfikir..mcm ner agaknye cikgu yg dah lam ngajar?msti nak tak nak kena jugak hadapi budak2 ni..mmg penat letih sbb mcm ajar budak tadika..kena kuat suara..menjerit..kdg2 terpaksa berlari skali gn ank murid..namun titik kepuasan akan dpt dirasai bila tngok mrka mengamalkan pa yg mereka pelajari..dari perkara simple mmbaca doa bljr..cara2 solat..sejuk tatkala meliht muka2 mereka yg suci dari dosa ni..biarpun kemelut gejala sosial kian parah dlm nadi masyrakt..nmun aku tekadkan jua utk mendidik anak bangsa ku ni dgn semangt ku ni..i.allah Islam pastikan gemilang semula…alhamdulilllh..Allah s.w.t. dah buktikan dgn menangnya kerajaan Islam yg baru di Turki…
Pro-Islam kuasai politik Turki
Parti AK pimpinan Erdogan boleh jadi contoh kepada pergerakan radikal Islam
| <a href=’http://avn.innity.com/avncl.php?n=9608795′ target=’_blank’><img src=’http://avn.innity.com/avnvw.php?zoneid=761&n=9608795′ border=’0′ alt=”></a> |

ANKARA: Kemenangan besar Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) pada pilihan raya umum kelmarin, meletakkan parti pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan itu pada kedudukan kukuh dalam politik Turki – perubahan menakjubkan ke atas pergerakan pro-Islam itu yang pernah dianggap radikal.
Penganalisis politik berkata, kemenangan parti AK boleh dianggap kejayaan sistem politik Turki. AK boleh menjadi contoh kepada pergerakan radikal Islam yang lain kerana berjaya membuktikan ia boleh berubah sebagai kuasa demokratik.
AK memenangi 46.3 peratus undi selepas 99.9 peratus pengiraan undi selesai. Ia adalah kemenangan terbesar pernah diraih sebuah parti Turki sejak pemilihan Parlimennya dimulakan pada 1969.
Kemenangannya itu menyaksikan AK menguasai 339 daripada 550 kerusi Parlimen – mandat cukup bagi menubuhkan kerajaannya sendiri. Parti itu mempunyai 352 ahli Parlimen sebelum ini dan pencapaiannya kali ini meningkat 12 peratus berbanding 2002. Namun, bilangan kerusinya berkurangan disebabkan kehadiran ramai anggota daripada lebih banyak parti berbanding sebelumnya.
Parti Republikan Rakyat yang menjadi parti sekular utama (CHP) di tempat kedua dengan 20.9 peratus undi atau kira-kira 112 kerusi, mengikut keputusan tidak rasmi.
Parti Tindakan Nasionalis (MHP) yang berhaluan kanan di tempat ketiga dengan 14.2 peratus (71 kerusi).
Tiada parti lain melepasi syarat 10 peratus ditetapkan bagi menganggotai Parlimen biarpun 28 calon bebas, termasuk 24 mewakili puak Kurdis, turut menang.
Kemenangan parti pro-Islam itu turut memberi kemenangan bermakna bagi Erdogan yang memanggil pemilihan kelmarin selepas partinya dihalang melantik orang kuatnya, Menteri Luar Abdullah Gul sebagai presiden baru berikutan tercetusnya pertikaian dengan golongan elit yang sekular.
“Sistem demokrasi kita berjaya melepasi satu ujian. Perpaduan, demokrasi dan negara ini terbukti menjadi lebih kukuh seperti yang dibuktikan menerusi undian itu,” katanya di luar bangunan ibu pejabat AK yang disambut tepukan gemuruh penyokong dan percikan bunga api. – AFP
“Kita akan meneruskan usaha pemulihan ekonomi dan demokrasi dengan penuh keazaman,” kata Erdogan sambil berikrar meneruskan komitmen terhadap sistem sekular dan memastikan Turki menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU).
Erdogan sendiri berdepan krisis terburuk kariernya April lalu selepas pembangkang memboikot pemilihan Parlimen ketika Gul, yang juga orang kanannya hampir menduduki kerusi Presiden.
Krisis itu mencapai kemuncaknya apabila pasukan tentera yang berpengaruh memberi amaran dalam satu kenyataan tegas yang ia bersedia melakukan apa saja demi melindungi sistem sekular dan berjuta-juta penduduk Turki menyertai bantahan jalan raya bagi menentang pemilihan calon AK sebagai presiden.
“Keputusan undian itu jelas membuktikan yang rakyat tidak menyalahkan AKP di atas ketegangan politik yang berlaku,” kata penganalisis politik, Taha Akyol.
“Rakyat sebaliknya memberi kebenaran kepada AKP melantik presiden baru.”
Wartawan veteran, Hasan Cemal pula berkata, pemilihan itu adalah ‘satu memorandum rakyat kepada tentera supaya tidak mencampuri urusan politik.’
ISLAM PASTIKAN GEMILANG SEMULA…ALLAHUAKBAR!